Format Perlawanan MSSD dan MSSNS 2019

UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN TENIS MSSD SEREMBAN 2019
1.      
      Kejohanan Tenis MSSD adalah di bawah pengelolaan SMK Tuanku Ampuan Najihah Seremban dan Sek Keb Senawang Seremban.

2.      Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan Am MSSM, Undang – Undang Persatuan Tenis Anatarabangsa (ITF), dan Peraturan Lawn Tenis Malaysia (LTAM)

3.      Kelayakan
a.      Warganegara dan yang bukan warganegara perlu sertakan dokumen seperti passport.
b.      Pelajar yang belajar sepenuh masa di sekolah yang berdaftar sebagai anggota MSSM.
c.       Pelajar yang digantung persekolahan, persatuan/badan sukan adalah dilarang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

4.      Jenis pertandingan
a.      Pertandingan perseorangan lelaki U12, U15 dan U18.
b.      Pertandingan perseorangan perempuan U12, U15 dan U18.

5.      Had umur peserta
a.      Kiraan umur peserta adalah pada 1 Januari tahun kejohanan diadakan.
b.      Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai kejohanan dalam kumpulan umurnya.
c.       Pelajar yang menunggu keputusan SPM tidak ayak menyertai kejohanan.

6.      Sistem kejohanan.
a.      Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
b.      1st, 2nd round dijalankan secara proset. (7-7 >game, 8-8 > tiebreak) tiada advantage – deciding receivers choice)

7.      Play Lets (no lets rules)
a.      Jika bola terkena net dan masuk ke dalam kotak servis pihak lawan, permainan tetap diteruskan. Jika pemain menerima servis tidak dapat mengambil bola tersebut, pemain yang membuat servis akan mendapat mata.
b.      Perlawanan separuh akhir dan akhir
                                                              i.      Best of three tie – breaks set & match ( Third set super tie break (10 point))
                                                            ii.      Walaubagaimanapun ia bergantung kepada factor cuaca kemungkinan perlawanan akan dilangsungkan secara proset.
c.       Hanya 5 minit sahaja diberi atau 3 kali panggilan akan diberikan kepada pemain untuk melaporkan diri, jika didapati pemain tidak melaporkan diri mata walk over akan diberikan kepada pemain lawan.

8.      Peraturan kejohanan.
a.      Kesemua peserta mesti melaporkan diri kepada referee kehormat 15 minit sebelum permulaan masa sesuatu pertandingan.
b.      Peserta yang terlibat dalam dalam perlawanan lain iaitu bertembung dengan perlawanan lain, pemain tersebut akan diberi masa 15 minit waktu rehat sesudah perlawanan pertama ditamatkan.
c.       Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan.
d.      Bagi peringkat awal pemain akan mengira perlawanan sendiri dan penganjur akan menyediakan “roaming umpire” jika terdapat masalah di dalam gelanggang.
e.      Pemain “seeded” akan ditentukan berdasarkan keputusan MSSD dan MSSNS tahun sebelumnya.

9.      Kod Etika Pakaian Peserta Kejohanan
a.      Guru yang bertugas atau mengiringi peserta haruslah memastikan:
                                                              i.      Peserta memakai pakaian yang bersesuaian dengan permainan dan tidak memakai pakaian yang mencolok mata ( mendedahkan mana – mana bahagian tubuh tertentu) khususnya perempuan.
                                                            ii.      Peserta lelaki tidak dibenarkan memakai subang.
                                                          iii.      Semua peserta tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
                                                           iv.      Semua peserta tidak dibenarkan merokok. Jika didapati merokok, pemain berkenaan akan serta – merta disingkirkan dari kejohanan.
                                                             v.      Semua guru, jurulatih dan pemain tidak dibenarkan mengeluarkan kata – kata kesat terhadap pengadil, pegawai atau petugas kejohanan sepanjang kejohanan ini dilangsungkan. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya ianya berlaku.

10.  Bantahan
a.      Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis dan ditandatangani pengurus pasukan. Bantahan itu mesti diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat SATU JAM selepas perlawanan berkenaan tamat dan disertakan bayaran RM100.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berasas.

11.  Juri rayuan.
a.      Juri rayuan adalah terdiri daripada Pengerusi Teknik dan PPD.

12.  Wakil ke MSSNS.
a.      Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan ke perlawanan peringkat negeri (MSSNS) yang akan berlangsung pada 26 Febuari 2019). Johan dan naib johan akan secara automatik mewakili daerah Seremban ke peringkat negeri.
b.      Jika didapati peserta menarik diri pada peringkat awal permainan peserta tersebut secara automatik akan disingkirkan, manakala pemain yang menarik diri di peringkat suku akhir, separuh akhir atau akhir atas sebab – sebab kecederaan dan sebab alasan yang munasabah.
c.       Pemain yang menyertai peringkat tertinggi yang diiktiraf MSSM dan KPM (Asian School Games, SUKMA, Sea Games) yang tidak dapat menyertai Kejohanan akan dipanggil untuk sesi pemiihan sebelum ke MSSNS.

Untuk mendaftar pemain sila ke blog tersebut.

Laman blog rasmi kejohanan https://tennisn9.blogspot.com/